
Bitget Bekerjasama dengan Kronos Research untuk Memberikan Kecairan Bertaraf Institusi dan Kecekapan Perdagangan
/EIN News/ -- VICTORIA, Seychelles, June 02, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Kronos Research, firma perdagangan kuantitatif terulung bagi mempertingkatkan kecairan pasaran dan kecekapan perdagangan untuk pedagang Bitget serta pelanggan institusi.
Dengan menyepadukan keupayaan termaju Kronos, Bitget berusaha untuk menyediakan kecairan yang lebih mendalam dan spread bida-tanya yang lebih ketat merentasi pasangan perdagangan utama untuk pedagang serta pelanggan institusi syarikat. Penambahbaikan dalam kedalaman pasaran ini memastikan bahawa pedagang boleh melaksanakan pesanan besar dengan gelinciran yang minimum, menghasilkan perdagangan yang lebih cekap dan kos efektif. Peningkatan seperti ini amat bermanfaat bagi pedagang runcit dan institusi yang mencari pelaksanaan optimum dalam persekitaran pasaran yang dinamik.
Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Bitget untuk menyediakan perkhidmatan perdagangan tahap institusi dan bertaraf dunia. Dengan sokongan Kronos Research, Bitget mempertingkatkan kecekapan platform, memenuhi piawaian tinggi keselamatan dan kecairan yang diperlukan oleh pelanggan institusi. Ini turut memperkukuhkan ekosistem Bitget dengan lapisan kecekapan tambahan. Integrasi ini merupakan satu kerjasama strategik untuk membangunkan infrastruktur yang selaras dengan keperluan pengguna kami," kata Gracy Chen, CEO Bitget.
Direka untuk mengoptimumkan kedalaman perdagangan dan meningkatkan kualiti pelaksanaan, integrasi strategi algoritma canggih Kronos Research serta kepakarannya dalam meningkatkan kecairan akan mewujudkan persekitaran perdagangan yang lebih lancar dan responsif. Ia membantu mengurangkan gelinciran harga, menstabilkan pergerakan pasaran dan memastikan pelaksanaan yang lebih konsisten merentasi kitaran pasaran. Kerjasama ini juga akan memperluaskan liputan kecairan bagi pelbagai kategori perdagangan, termasuk perdagangan spot dan kontrak. Dengan menyokong kumpulan aset digital yang lebih luas melalui penyelesaian kecairan berasaskan algoritma, kerjasama ini akan menyediakan spread yang lebih ketat dan buku pesanan yang berdaya tahan.
"Infrastruktur kukuh Bitget menyediakan kependaman rendah dan kelajuan pelaksanaan tinggi yang diperlukan untuk beroperasi dengan lancar merentasi pelbagai keadaan pasaran," kata Hank Huang, Ketua Pegawai Eksekutif Kronos Research. "Kerjasama ini membolehkan kami melaksanakan strategi kecairan yang dioptimumkan secara besar-besaran, menghasilkan spread yang lebih ketat, kedalaman pasaran yang lebih baik dan pengalaman perdagangan yang unggul."
Pada tahun 2025, Bitget menggandakan komitmen untuk memperluaskan perkhidmatan kepada pelanggan institusi, menjadikannya tumpuan utama dalam pelan strategik syarikat. Ini dibina di atas asas yang kukuh yang ditetapkan pada tahun-tahun lepas, termasuk pengenalan terkini perkhidmatan pinjaman kripto untuk semua pasangan perdagangan spot dan sistem akaun yang bersatu, keduanya direka untuk menawarkan fleksibiliti yang lebih tinggi, kecekapan modal dan pengurusan aset yang digabungkan untuk pelabur institusi.
Pada masa ini, Bitget bekerjasama dengan lebih daripada 1,000 rakan kongsi institusi. Melalui inovasi berterusan, integrasi strategik dan penawaran produk yang dipertingkatkan, Bitget menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelbagai pelanggan, merangkumi pelabur individu hingga institusi berskala besar.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Perihal Kronos Research
Ditubuhkan pada tahun 2018, Kronos Research merupakan firma perdagangan kuantitatif dan pembuat pasaran mata wang kripto yang inovatif, memanfaatkan penyelidikan data dan algoritma pintar untuk menjana jumlah dagangan bernilai berbilion dolar AS setiap hari.
Dengan aktiviti perdagangan di semua bursa peringkat 1 dan peringkat 2 serta protokol dan platform DeFi terkemuka, Kronos mampu menawarkan prestasi perdagangan yang unggul dan kecairan yang tinggi melalui infrastruktur perdagangan yang canggih serta keupayaan penyelidikan kuantitatif yang mendalam.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | X | LinkedIn atau hubungi kami di media@kronosresearch.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e40c920e-5b96-453f-a96c-21de8fd8dad0


Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Companies ...
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
Submit your press release